fb fb fb fb fb

Boeing derma AS$500,000 bagi bantuan gempa di Turkiye

(FOTO HIASAN)

SAN FRANCISCO, 10 Februari- Syarikat Boeing pada Khamis mengumumkan sumbangan berjumlah AS$500,000 daripada Boeing Charitable Trust bagi membantu mereka yang terjejas akibat gempa bumi di Türkiye baru-baru ini.

Menurut syarikat berkenaan, derma berkenaan akan disalurkan melalui Palang Merah Amerika dalam usaha pemulihan dan bantuan gempa bumi, lapor Xinhua.

"Kemusnahan akibat gempa bumi ini sangat besar dan memerlukan tindak balas global.

"Takziah kami ucapkan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang," kata Presiden Boeing Antarabangsa Brendan Nelson.

Sebagai sebahagian daripada program Boeing Gift Match, syarikat itu juga akan menyalurkan derma daripada pekerja Boeing kepada organisasi amal yang menyokong pemulihan dan projek bantuan gempa bumi di Türkiye.

Boeing telah menyalurkan lebih AS$6 juta untuk tujuan amal sepanjang dekad lalu.-BERNAMA


(Gempa bumi di Turkiye baru-baru ini telah menyebabkan kemusnahan

harta benda dan nyawa yang luar biasa / REUTERS)

Media Baharu