fb fb fb fb fb

Burt Bacharach, komposer legenda meninggal dunia

(Burt Bacharach/AFP

LOS ANGELES, 10 Februari- Komposer legenda Amerika Syarikat yang juga penulis lirik era 60-an dan 70-an, Burt Bacharach, meninggal dunia pada usia 94 tahun pada Rabu.

Mendiang yang popular dengan barisan lagu pop berjudul 'I Say a Little Prayer', 'Walk On By', 'Do You Know the Way to San Jose', 'Raidrops Keep Fallin' On My Head' dan banyak lagi menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di sini.

Bacharach menulis lebih 500 buah lagu dengan kebanyakkan lagu popularnya dinyanyikan oleh Dionne Warwick, selain secara rasmi meraih tiga anugerah Oscar, lapan anugerah Grammy dan dua anugerah Golden Globe termasuk penghargaan pencapaian seumur hidup.

Mendiang meninggalkan isteri, Jane dan tiga orang anak. -AFP

 (Burt Bacharach bersama penyanyi, Dionne Warwick/AFP)

Media Baharu