fb fb fb fb fb

Rakyat Argentina berarak sokong protes antikerajaan Peru

BUENOS AIRES, 10 Februari- Anggota parti politik berhaluan kiri Argentina dan kumpulan orang awam berarak di jalan raya di sini pada Khamis untuk menunjukkan sokongan terhadap protes antikerajaan di Peru.

Mereka juga mengecam kerajaan pimpinan Presiden, Dina Boluarte atas 48 kematian yang berlaku dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis.

Pemimpin Parti Pekerja Sosialis, Christian Castillo mengkritik kerajaan Argentina dan sidang kemuncak CELAC kerana mengiktiraf kerajaan Boluarte.

(Penunjuk perasaan berarak di jalan raya bagi menyokong
protes antikerajaan / Foto REUTERS)

Boluarte mengambil alih jawatan presiden Peru selepas bekas presiden, Pedro Castillo digulingkan berikutan percubaan rampasan kuasa pada 7 Disember.

Sejak itu, protes telah tercetus bagi menuntut peletakan jawatan Boluarte dan kongres.-REUTERS

Media Baharu