fb fb fb fb fb

Penduduk Chile berdepan suhu tinggi susulan asap kebakaran hutan

BIOBIO, 10 Februari- Penduduk ibu kota Chile berdepan peningkatan suhu tinggi pada Khamis susulan asap daripada kebakaran di selatan-tengah negara itu yang menyelubungi kawasan berkenaan.

Pakar Meteorologi Pejabat Meteorologi Chile, Edita Amador berkata, amaran suhu yang mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk di ibu negara dan wilayah Maule serta Nuble.

Penduduk tempatan di Santiago terpaksa minum banyak air selain memakan buah-buahan segar untuk mengatasi kepanasan.

Bagi penjual ais, Max Carcamo, cuaca panas tersebut membawa keuntungan kepada perniagaannya apabila orang ramai berpusu-pusu membeli ais sepanjang hari.

(Pakar Meteorologi Pejabat Meteorologi Chile, Edita Amador menunjukkan antara
kawasan yang berdepan peningkatan suhu / Foto REUTERS)

Kebakaran hutan di seluruh selatan-tengah Chile telah menyebabkan 24 orang terbunuh.

Persatuan hutan negara Chile (CONAF) memaklumkan pada Rabu, kawasan yang terjejas kebakaran telah merebak ke lebih 300,000 hektar iaitu hampir dua kali ganda saiz Greater London.-REUTERS

Media Baharu