fb fb fb fb fb

72 anggota penyelamat Australia berlepas ke Turkiye

ORCHARD HILLS, 10 Februari- Seramai 72 anggota penyelamat dari Australia berlepas ke Turkiye untuk membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terjejas akibat gempa bumi.

Ia merupakan pasukan yang dilatih khas dalam misi seumpama itu selain mahir menggunakan peralatan seperti kamera dan peranti mendengar seismik.

Kumpulan berkenaan akan mendarat di Turkiye pada hujung minggu.

(Anggota penyelamat Australia yang menyertai misi mencari dan menyelamat
mangsa gempa bumi di Turkiye / Foto REUTERS)

Australia juga memberi jaminan untuk menyalurkan bantuan kewangan berjumlah $AU10 juta untuk kawasan yang dilanda gempa.-REUTERS

Media Baharu