ISTANBUL, 10 Februari- Angka kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turki dan Syria meningkat kepada lebih 20,000 pada Khamis.
Harapan semakin pudar untuk mencari mangsa tersepit di bawah runtuhan dalam keadaan cuaca yang sejuk.
Pegawai dan kakitangan perubatan berkata 17,134 orang maut di Turki dan 3,317 di Syria akibat gegaran dengan kekuatan 7.8 magnitud pada Isnin.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa akibat gempa bumi itu seramai 20,451.
Pegawai Turki berkata lebih 70,000 orang cedera di 10 wilayah tenggara kawasan paling teruk dilanda gempa itu.- AFP
(Melda, 16 tahun diselamatkan pasukan penyelamat dalam runtuhan selama tiga hari/AFP)