CANBERRA, 10 Februari- Kamera pengawasan buatan China di semua pejabat kerajaan di Australia akan ditanggalkan.
Tindakan itu dilakukan Canberra atas alasan mahu memastikan lokasi terlibat benar-benar selamat.
Menurut Menteri Pertahanan Australia Richard Marles, pihak berkuasa akan mengenal pasti semua kamera keselamatan buatan China.
Kemudian, ia akan dicabut dan dilupuskan.
"Ada sebab perkara ini dilakukan dan ia bukan bersifat politik biarpun kamera ini digunakan sejak sebelum pilihan raya lalu. Kita perlu memikirkan tentang keselamatan negara. Tindakan menanggalkan kamera pengawasan (buatan China) adalah wajar," katanya.
Selain pejabat kerajaan tindakan sama akan turut dilakukan di bangunan peringatan perang di Canberra yang berkeluasan 14 hektar.
Berdasarkan angka rasmi disediakan ahli politik pembangkang terdapat kira-kira 200 premis kerajaan dilengkapi kamera pengawasan buatan negara tembok besar itu.
Sebelum ini langkah serupa turut diambil Amerika Syarikat dan Britain yang mencabut dan melupuskan kamera pengawasan buatan China.- AFP
(Pergerakan orang ramai dirakam kamera keselamatan di Melbourne/AFP)