fb fb fb fb fb

Blok EU diminta sokong keahlian Ukraine, Moldova

(Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen (tengah) pada sidang media bersama Pesuruhjaya EU,
Oliver Varhelyi (kanan) dan jurucakap Eric Mamer (kiri) mengenai permohonan keahlian EU oleh Ukraine, Moldova
dan Georgia di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah di Brussels pada 17 Jun 2022/AFP)

BRUSSELS, 21 Jun- Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dijemput menghadiri sidang kemuncak Majlis Eropah di Brussels, minggu ini.

Jemputan dibuat oleh Presiden Majlis Eropah, Charles Michel pada Isnin.

Ia bagi meraih sokongan terhadap bidaan Ukraine dan Moldova untuk mendapatkan status calon anggota dalam blok ekonomi itu.

(Presiden Majlis Eropah, Charles Michel tiba untuk pertemuan dengan Perdana Menteri Kosovo
semasa lawatannya ke Kosovo pada 15 Jun 2022/AFP)

"Sekarang adalah masa untuk mengakui bahawa masa depan Ukraine, Moldova dan Georgia terletak dalam EU.

"Saya akan menjemput mereka untuk memberikan status calon kepada Ukraine dan Moldova," tulis Michel dalam surat jemputan kepada ahli majlis.

"Kami akan terus menyediakan Ukraine dengan sokongan kemanusiaan, ketenteraan, ekonomi dan kewangan yang kukuh," katanya.

Keputusan berhubung keahlian dalam EU memerlukan kelulusan sebulat suara kesemua 27 anggota blok berkenaan.-AFP

Media Baharu