fb fb fb fb fb

Blinken gesa Israel wujudkan zon selamat di Gaza

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bercakap semasa sidang akhbar di Tel Aviv /AFP

TEL AVIV, 1 Disember- Setiausaha Negara AS, Antony Blinken enggesa Israel mewujudkan zon selamat untuk orang awam Palestin di Gaza sebelum ia menyambung semula “operasi ketenteraan besar” di wilayah yang diperintah Hamas.

Bercakap pada hari ketujuh jeda dalam pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas, Blinken juga menggesa agar gencatan senjata dilanjutkan lagi termasuk pertukaran tebusan dan tahanan serta penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza yang terkepung.

Jeda itu, yang akan tamat awal Jumaat melainkan persetujuan untuk melanjutkannya dicapai, telah membebaskan puluhan tebusan Israel dan asing yang diambil oleh Hamas sebagai balasan kepada tahanan Palestin.

Blinken sedang dalam perjalanan ketiganya ke wilayah itu sejak keganasan meletus pada 7 Oktober yang menyaksikan kira-kira 240 orang diculik dan 1,200 maut, kebanyakannya orang awam.

Sebagai tindak balas, Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas dan melancarkan kempen ketenteraan udara dan darat yang dikatakan oleh kerajaan Hamas telah membunuh lebih 15,000 orang di Gaza, juga kebanyakannya orang awam.

Blinken memberitahu "mesti melaksanakan rancangan perlindungan awam kemanusiaan yang meminimumkan korban rakyat Palestin yang tidak bersalah".

Ini, katanya, harus "dengan jelas dan tepat menetapkan kawasan dan tempat di selatan dan tengah Gaza, di mana mereka boleh selamat dan keluar dari garisan api".

Beliau berkata ini bermakna bagi mengelak lagi "perpindahan penduduk awam yang ketara di dalam Gaza" serta "kerosakan kepada nyawa (atau) infrastruktur kritikal seperti hospital, stesen janakuasa dan kemudahan air".

"Dan ini bermakna memberi pilihan kepada orang awam yang telah kehilangan tempat tinggal di selatan Gaza untuk kembali ke utara sebaik sahaja keadaan mengizinkan."

Tidak sepatutnya ada "anjakan dalaman yang berkekalan", katanya.

Keganasan telah meningkat di Tebing Barat - yang diduduki oleh Israel sejak 1967,seiring dengan perang Israel-Hamas.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI