(Bijiran croissant/AFP)
NEW YORK, 6 Februari- Idea kreatif pemilik kedai roti di Brooklyn Heights, di sini, melakukan inovasi makanan dengan menukar croissant klasik kepada mini croissant sebagai bijirin mendapat sambutan.
Bagaimanapun, pemilik kedai roti, L'Appartement 4F, Gautier Coiffard memberitahu, bijirin croissant itu mendapat kritikan oleh kebanyakan orang Perancis.
"Terdapat banyak kebencian dan keghairahan untuk bijirin croissant mini ini.
"Kebanyakan komen agak negatif daripada Perancis, tetapi sebaliknya oleh orang Amerika yang benar-benar menikmatinya. Mereka suka kelainan pada masakan klasik Perancis," kata Coiffard.
Ujar Coiffard, dia dan isterinya menjual roti, croissant dan menawarkan bijirin croissant istimewa dengan harga AS$50 sekotak.
Sekurang-kurangnya, 10 kotak bijiran croissant terjual setiap hari ketika penduduk New York beratur untuk membeli barangan mereka.
Berkongsi cara pembuatannya, Coiffard berkata, bijirin croissant pada asasnya adalah doh yang sama untuk membuat croissant klasik.
"Ia digulung seperti croissant klasik dan kemudian leperkannya dengan sangat nipis. Proses itu mengambil masa berjam-jam lamanya," katanya. -AFP
(Bijirin croissant pada asasnya adalah doh yang sama untuk membuat
croissant klasik/AFP)