fb fb fb fb fb

Biden enggan layan soalan provokasi wartawan

(Joe Biden berhenti seketika untuk mendengar soalan wartawan namun 
kemudiannya terus keluar dari bilik sidang media / REUTERS)

WASHINTON, 17 Februari- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tampak tidak senang apabila sekumpulan wartawan mengajukan soalan provokasi terhadapnya ketika sidang media di White House pada Khamis.

Biden seakan mahu keluar meninggalkan bilik sidang media, tetapi berhenti untuk mendengar soalan wartawan.

Ia selepas ditanya oleh seorang wartawan: "Adakah anda terjejas oleh hubungan perniagaan keluarga anda?" Biden berkata sambil ketawa: "Beri saya ruang," dan berlalu pergi tanpa menjawab sebarang soalan.

Biden berkata pada Khamis beliau merancang untuk bercakap dengan Presiden China Xi Jinping mengenai apa yang dikatakan Amerika Syarikat sebagai belon pengintip China yang ditembak jatuh oleh jet pejuang AS awal bulan ini selepas ia transit di Amerika Syarikat.

Biden, dalam kenyataannya mengenai belon China itu, tidak menyatakan bila dia akan bercakap dengan Xi, tetapi menegaskan Amerika Syarikat terus terlibat secara diplomatik dengan China mengenai isu tersebut.

Peter Alexander dari NBC News, kemudian kedengaran bertanya kepada Biden sama ada belon itu ditembak jatuh adalah tindak balas keterlaluan hasil tekanan politik.

Pada masa yang sama, wartawan lain bertanya soalan lain, dan Biden menjawab: ''Anda boleh datang ke pejabat saya dan bertanya soalan apabila anda mempunyai orang yang lebih sopan.''

Dia kemudian berlalu pergi, berhenti seketika dan kemudian keluar dari bilik itu. -REUTERS


(Wartawan mengajukan soalan kepada Joe Biden / REUTERS)

Media Baharu