fb fb fb fb fb

31 mayat ditemukan dalam dua kubur rahsia di Mexico

(Peta Jalisco / FOTO HIASAN)

TLAJOMULCO DE ZÚÑIG, 17 Februari- Pihak berkuasa Mexico menemukan 31 mayat yang dikebumikan dalam dua kubur rahsia.

Kubur-kubur tersebut telah digali oleh pihak berkuasa menurut pegawai polis pada Khamis, di wilayah yang dilanda keganasan yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Kubur pertama ditemui pada 1 Februari di bandar San Isidro Mazatepec di negeri Jalisco. Kubur kedua ditemui selepas beberapa hari siasatan dan pengekstrakan beg berisi mayat dilakukan.

"Kami sudah mengira, 31 mangsa kesemuanya," kata pendakwa raya Jalisco Luis Joaquin Mendez kepada pemberita, sambil menambah pihak berkuasa mempunyai bukti untuk mengenal pasti kira-kira separuh daripada mayat supaya mereka boleh dikembalikan kepada keluarga mereka.

Jalisco, yang dikawal oleh Kartel Generasi Baharu Jalisco, adalah antara negeri Mexico yang paling teruk terjejas oleh keganasan jenayah terancang.

Tahun lepas, 301 mayat ditemui di negeri tersebut dalam 41 kubur rahsia, dan 544 mayat ditemui pada 2020, jumlah tertinggi setakat ini.

Kadar pembunuhan Mexico meningkat tiga kali ganda sejak 2006 apabila peningkatan perang kerajaan terhadap kartel dadah mencetuskan keganasan.

Rekod menunjukkan 9.6 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk kepada 28 pembunuhan pada 2021.-AFP


(Negeri Jalisco, yang dikawal oleh Kartel Generasi Baharu Jalisco, adalah antara

negeri Mexico yang paling teruk terjejas oleh keganasan jenayah terancang / FOTO HIASAN)

Media Baharu