fb fb fb fb fb

Biden calonkan jeneral tentera baharu pantau operasi tentera di Asia Barat

FOTO AVIATION WEEK

Washington, 8 Januari- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mencalonkan leftenan tentera, Jeneral Michael Kurilla untuk mengetuai Pusat Pemerintahan Tentera Amerika Syarikat (Centcom) yang akan memantau operasi tentera di Asia Barat.

Jika disahkan senat, Jeneral Kurilla akan menggantikan Jeneral Marin, Kenneth McKenzie sebagai ketua Centcom yang menyelia operasi ketenteraan di Iraq, Syria, Afghanistan dan Yaman, jelas Pentagon.

Berdasarkan maklumat rasmi, Kurilla, 55 kini mengetuai pasukan hantaran udara atau Airborne Corps ke-18, pasukan tindak balas Tentera Amerika Syarikat di Fort Bragg, North Carolina.

Graduan lulusan West Point, pernah terlibat dalam misi di Kosovo, Afghanistan dan Iraq. Pada 2005 dia mengalami kecederaan parah akibat ditembak semasa serangan ke atas Mosul.

Kurilla juga memikul tanggungjawab di Staf Am Tentera Amerika Syarikat dan menjadi ketua Bahagian Payung Terjun ke-82 dan turut dikenali kerana telah mengambil bahagian dalam pendaratan Normandy pada tahun 1944.

Operasi itu adalah serbuan pihak Bersekutu terhadap Normandy dalam Operasi Overlord semasa Perang Dunia II.

Misi itu merupakan serbuan melalui laut terbesar dalam sejarah.-AFP

Media Baharu