fb fb fb fb fb

Berlian Williamson Pink Star dijual dengan harga mencecah AS$58 juta

(FOTO AFP)

HONG KONG, 8 Oktober- Berlian merah jambu yang jarang ditemui telah dijual di Hong Kong dengan harga hampir AS$58 juta.

Williamson Pink Star dengan 11.15 karat pada Jumaat memperoleh nilai lelongan kedua tertinggi pada lelongan untuk mana-mana permata iaitu HK$453.2 juta ($57.7 juta).

Bidaan dimenangi pembeli dari Boca Raton, Florida adalah lebih dua kali ganda daripada anggaran harga jualan AS$21 juta.

Berlian merah jambu tersebut adalah permata berharga yang paling jarang ditemui dan paling mendapat permintaan di pasaran global selain merupakan berlian merah jambu kedua terbesar yang dijual di acara lelongan.

Rekod dunia untuk berlian merah jambu dibuat pada 2017, apabila batu yang dikenali sebagai CTF Pink Star dijual di Hong Kong dengan harga AS$71.2 juta.

Williamson Pink Star dinamakan sempena dua berlian merah jambu lain iaitu CTF Pink Star dan Batu Williamson, berlian 23.6 karat yang diberikan sebagai hadiah perkahwinan kepada Ratu Elizabeth II pada tahun 1947.

Tobias Kormind, pengarah urusan peruncit permata UK 77 Diamonds, berkata jualan "mengejutkan" itu membuktikan berlian berkualiti tinggi masih boleh memperoleh harga utama dalam ekonomi yang goyah.

“Aset seperti berlian bertaraf dunia ini mempunyai sejarah prestasi yang baik walaupun dalam keadaan tidak stabil,” katanya.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu