fb fb fb fb fb

Penyanyi rap Oxxxymiron termasuk dalam senarai ejen asing - Rusia

(Penyanyi rap Oxxxymiron)

ANKARA, 8 Oktober- Kementerian Kehakiman Rusia mendedahkan penyanyi rap terkenal Miron Fedorov juga dikenali sebagai Oxxxymiron disenarai sebagai ejen asing, lapor Agensi Anadolu.

Turut berada dalam senarai ejen asing, pengarang Dmitry Glukhovsky.

Profile.ru news pada Jumaat melaporkan Fedorov disenaraikan sebagai ejen asing susulan aktiviti politiknya dipercayai dibiayai oleh Ukraine.

Menurut laporan, Glukhovsky dan Fedorov antara yang lantang mengkritik operasi ketenteraan Rusia terhadap Ukraine.- BERNAMA


(Penyanyi rap Oxxxymiron)

Media Baharu