fb fb fb fb fb

Berdepan krisis ekonomi paling teruk sejak April, ribuan rakyat protes di Sri Lanka

(Penunjuk perasaan protes susulan Sri Lanka
berdepan krisis ekonomi sejak April/FOTO REUTERS)

COLOMBO, 3 November - Ribuan anggota parti politik, kesatuan perdagangan dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul mengadakan protes susulan krisis ekonomi di ibu kota Sri Lanka.

Sri Lanka berdepan situasi kecemasan sejak April apabila protes besar-besaran pelbagai pihak menentang dan mengkritik kaedah kerajaannya menangani ekonomi mereka.

Matawang Sri Lanka merudum selepas kejatuhan sumber ekonomi utamanya iaitu industri pelancongan, selain bebanan hutang.

(Salah seorang penunjuk perasaan menjerit ke arah pegawai polis
Sri Lanka semasa protes antikerajaan oleh kesatuan sekerja,
pergerakan pelajar, dan pertubuhan awam, termasuk parti pembangkang utama/FOTO REUTERS)

Sekurang-kurangnya 22 juta rakyat di negara itu bergelut krisis ekonomi sehingga tidak mampu membayar makanan, petrol dan pelbagai keperluan, selain bekalan elektrik terganggu akibat krisis tenaga.

Julai lalu, Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu, ketika negara masih berdepan krisis kewangan terburuk susulan hutang asing mencecah 51 bilion dolar AS. - REUTERS

Media Baharu