fb fb fb fb fb

Pencemaran udara di New Delhi cecah paras berbahaya

(FOTO AFP)

NEW DELHI, 3 November- Kabut di New Delhi mencecah paras "berbahaya" hari ini apabila asap daripada beribu-ribu kebakaran tanaman di utara India digabungkan dengan bahan pencemar lain bandar araya itu.

Paras zarah paling berbahaya, PM2.5, sangat kecil sehingga boleh memasuki aliran darah ialah 588 setiap meter padu awal pagi ini, menurut firma pemantau IQAir.

Bacaan itu hampir 40 kali ganda kadar maksimum harian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

IQAir menilai tahap pencemaran keseluruhan sebagai "berbahaya".

"Ini benar-benar masa paling teruk untuk berada di Delhi. Seseorang tidak pernah bangun dengan pencemaran ini," kata anggota polis Hem Raj, 42, kepada AFP.

“Badan berasa letih dan lesu pada waktu pagi. Mata sentiasa berair dan tekak gatal selepas menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya Delhi,” katanya.

Kajian jurnal perubatan, Lancet yang dikeluarkan pada 2020 mengaitkan 1.67 juta kematian di India pada 2019 dengan pencemaran udara, termasuk hampir 17,500 di ibu negara.

Pihak berkuasa Delhi kerap mengumumkan rancangan berbeza untuk mengurangkan pencemaran, contohnya dengan menghentikan kerja pembinaan, tetapi tidak memberi kesan.

Pembakaran padi selepas musim menuai di seluruh Punjab dan negeri lain berterusan setiap tahun walaupun usaha memujuk petani menggunakan kaedah berbeza.

"Sehingga hari ini, Punjab telah menyaksikan peningkatan lebih 19% dalam kebakaran ladang sepanjang 2021,"twit Menteri Alam Sekitar, Bhupender Yadav.

"Tidak ada keraguan tentang siapa yang telah menjadikan Delhi sebagai ruang gas," tambahnya. -AFP

(Setiap kali musim sejuk, pembakaran dan pelepasan asap mengurangkan lagi tahap
penglihatan di New Delhi/AFP)

Media Baharu