THE HAGUE, 24 Disember - Belgium menyertai kes difailkan Afrika Selatan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel atas pertuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Kenyataan ICJ memberitahu, Brussels telah memfailkan satu perisytiharan campur tangan bertujuan untuk menjelaskan tafsiran terhadap undang-undang antarabangsa dalam konteks kes berkenaan.
Beberapa negara lain termasuk Brazil, Colombia, Ireland, Mexico, Sepanyol dan Turkiye telah menyertai kes berkenaan.
Pada Disember 2023, Afrika Selatan membawa kes berkenaan ke ICJ dengan mendakwa serangan Israel di Gaza melanggar Konvensyen PBB 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Pembunuhan Beramai-ramai.
Dan, Isreal menafikan tuduhan berkenaan.
Dalam keputusan yang dikeluarkan pada Januari, Mac dan Mei 2024, ICJ mengarahkan Israel agar mencegah perbuatan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, termasuk menyediakan bantuan kemanusiaan.
Belgium merupakan antara beberapa negara yang mengiktiraf Negara Palestin pada September.-AFP