fb fb fb fb fb

Dua maut akibat letupan di pusat jagaan warga emas

Lima individu masih belum dapat dikesan / Foto REUTERS

WASHINGTON, 24 Disember - Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa individu dilapor terperangkap dibawah runtuhan selepas berlaku satu letupan yang memusnahkan sebahagian Pusat Jagaan Warga Emas di timur Pennsylvania.

Pihak berkuasa memaklumkan insiden kemungkinan berlaku akibat kebocoran gas.

"Setakat ini hanya diketahui dua dilapor maut. Manakala beberapa lagi individu yang masih terperangkap masih belum ditemukan,"kata Gabenor, Josh Shapiro dalam sidang media.

Ketika ini, pasukan penyelamat giat menjalankan operasi bagi mengesan individu yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Letupan berkenaan mengakibatkan sebahagian tingkat bawah bangunan pusat jagaan itu runtuh hingga mengakibatkan ramai yang terperangkap.

Setakat ini, lima individu masih belum dapat dikesan.-REUTERS

FAUZIAH ABD RAHMAN