COLOMBO, 22 Ogos – Bekas Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, yang pernah menerajui negara itu ketika krisis ekonomi, telah ditahan dan direman pada Jumaat lalu atas dakwaan menyalahgunakan dana negara semasa beliau memegang jawatan, menurut pihak polis.
Ranil Wickremesinghe, 76, yang tewas dalam pilihan raya umum tahun lalu sedang disiasat berhubung lawatannya ke Britain bagi menghadiri majlis makan tengah hari sempena penganugerahan profesor kehormat kepada isterinya di sebuah universiti di sana, lapor media tempatan.
Jurucakap polis mengesahkan penahanan beliau atas tuduhan penyalahgunaan dana awam.
Pejabat Ranil tidak memberikan sebarang komen kepada media termasuk daripada Reuters.
Sementara itu, seorang sekutunya daripada Parti Nasional Bersatu (UNP) tampil mempertahankan bekas presiden itu, mendakwa bahawa kes itu bermotifkan politik dan bertujuan mencemarkan nama baiknya.-REUTERS