NEW CASTLE, 12 Oktober - Bekas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sedang menjalani rawatan susulan bagi merawat kanser prostat yang didiagnosis pada Mei lalu.
Menurut jurucakap bekas presiden itu, Biden berada dalam keadaan stabil selepas selesai menjalani pembedahan pada bulan lalu.
"Sebagai sebahagian daripada pelan rawatan untuk kanser prostat, Presiden Biden kini sedang menjalani terapi radiasi dan rawatan hormon," kata jurucakap tersebut.
Biden, yang akan mencapai usia 83 tahun bulan depan, telah menjalani satu prosedur yang dikenali sebagai pembedahan Mohs pada bulan September lepas untuk membuang sel-sel kanser dari kulitnya.
Bekas presiden dari parti Demokrat itu mendedahkan pada bulan Mei bahawa beliau telah disahkan menghidap kanser prostat metastatik.
Pasukannya menyatakan bahawa penyakit itu bersifat agresif tetapi agak sensitif terhadap hormon, yang bermaksud ia berkemungkinan besar akan bertindak balas terhadap rawatan. - REUTERS