fb fb fb fb fb

Hubungan diplomatik China, Switzerland diperkukuh pada ulang tahun ke 75

Foto Reuters

Bellinzona, 12 Oktober - China dan Switzerland mengekalkan pertukaran persefahaman peringkat tinggi dan terus memperkasa peluang-peluang kerjasama yang saling menguntungkan.

Menteri Luar China, Wang Yi yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, keyakinan negara tembok besar itu meningkat apabila Switzerland berikrar akan terus berpegang teguh kepada prinsip satu China dan mempertahankan asas politik hubungan dua hala untuk jangka masa panjang.

Tambahnya, ia juga sebagai penghargaan pada ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Switzerland pada 2025.

Wang berkata, China amat menghargai perjalanan luar biasa hubungan dua hala sepanjang 75 tahun ini dan bersedia untuk bekerjasama dengan Switzerland bagi meneruskan pengalaman berharga tersebut, mengekalkan dialog, meningkatkan kepercayaan bersama, memperhalusi kerjasama serta menjadi contoh kepada kewujudan menang-menang antara negara-negara yang memiliki sistem sosial yang berbeza.

Beliau membuat kenyataan tersebut semasa pusingan keempat Dialog Strategik Menteri Luar China-Switzerland di bandar Bellinzona, selatan Switzerland, hari ini. 

Sementara itu, Ahli Majlis Persekutuan dan Menteri Luar Switzerland, Ignazio Cassis berkata, Switzerland amat menghargai strategi pembangunan hijau dan dasar keterbukaan China dan akan terus berpegang teguh kepada dasar satu China.

Switzerland juga akan meningkatkan kerjasama pelbagai hala dengan China untuk bersama-sama menangani cabaran global, tambah Cassis. - REUTERS.

Trainee