LONDON, 12 Oktober - Puluhan ribu penyokong pro-Palestin berhimpun di pusat bandar London pada hari kedua gencatan senjata di Gaza.
Dianggarkan lebih 35,000 orang peserta berkumpul dari pelbagai latar belakang sebelum kumpulan besar itu mula berarak melalui bandar tersebut.
Ini merupakan demonstrasi yang ke-35 sejak 7 Oktober 2023, apabila serangan oleh Israel terhadap Palestin yang telah mengorbankan lebih 67,000 nyawa, menurut pegawai kesihatan tempatan.
Himpunan sama turut menyaksikan sebuah protes balas oleh penyokong Israel di tengah laluan demonstrasi tersebut sambil membunyikan muzik yang kuat ke arah kumpulan pro-Palestin. - Reuters