fb fb fb fb fb

Bekas PM Pakistan, Imran Khan stabil

(FOTO AFP)

ISLAMABAD, 4 November- Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berada dalam keadaan stabil selepas ditembak di kaki semasa perhimpunan politik pada Khamis lalu.

Presiden Pakistan, Arif Alvi menyifatkan kejadian itu sebagai percubaan membunuh yang sangat kejam.

Bekas bintang kriket antarabangsa itu mengetuai konvoi ribuan pengikutnya sejak Jumaat dari bandar Lahore menuju ke ibu negara Islamabad, berkempen untuk pilihan raya baharu selepas disingkirkan daripada jawatan pada April.

"Ini adalah percubaan untuk membunuhnya", kata pembantu kanan Raoof Hasan kepada AFP.


(Penyiasat memeriksa trak kontena yang digunakan oleh Imran Khan semasa perhimpunan politiknya, beberapa jam selepas serangan senjata api di Wazirabad/AFP)

Imran Khan melarikan diri dengan kesan tembakan di betis kanannya, manakala beberapa pegawai parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, turut terkena tembakan yang disasarkan kepada trak kontena yang diubah suai. Trak kontena itu membawa Imran melalui jalan yang sesak dengan orang ramai berhampiran Gujranwala.

“Semua orang yang berdiri di barisan paling hadapan terkena,” kata bekas Menteri Penerangan Fawad Chaudhry, yang berdiri di belakang Imran Khan, kepada AFP.

Beliau berkata penyokong dalam kumpulan itu cuba merampas pistol daripada penyerang.

"Dalam pergelutan itu dia tersasar daripada sasaran," katanya, sambil menambah enam orang dipukul dan seorang penyokong terbunuh.-AFP

Media Baharu