fb fb fb fb fb

Suami Nancy Pelosi dibenarkan keluar hospital

SAN FRANCISCO-4 November, Suami kepada Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi, telah dibenarkan keluar dari hospital pada khamis lalu, kata ahli politik Amerika Syarikat (AS).

"Paul berterima kasih kepada pengendali 911, responden kecemasan, pasukan penjagaan trauma, kakitangan ICU, dan seluruh kakitangan perubatan di hospital San Francisco, tempat dia menerima rawatan", kata Nancy Pelosi.

Paul Pelosi 82 tahun, diserang seorang lelaki yang memecah masuk rumah pasangan tersebut sebelum memukul kepalanya menggunakan tukul.

Tertuduh, David DePape 42 tahun, telah ditangkap minggu lalu dan diperintahkan ditahan dalam tahanan selepas dia mengaku tidak bersalah atas cubaan membunuh dan pertuduhan lain semasa perbicaraannya di Mahkamah San Francisco.

(Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden /FOTO REUTERS)

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dalam ucapannya pada Rabu lalu, mengaitkan serangan itu dengan keganasan politik yang dicetuskan oleh penyokong bekas presiden Donald Trump terhadap Kongres pada 6 Januari 2021.

Katanya, Republikan telah "menimbulkan keganasan dan intimidasi terhadap pengundi dan pegawai pilihan raya."

“Itulah jalan kepada huru-hara di Amerika,” katanya.




Media Baharu