fb fb fb fb fb

Bekas menteri kehakiman China berdepan hukuman penjara seumur hidup

Foto Reuters

BEIJING, 22 September- Bekas Menteri Kehakiman China Fu Zhenghua, yang telah mengetuai beberapa siasatan berprofil tinggi berhubung rasuah, telah dipenjarakan seumur hidup kerana menerima rasuah melebihi 117 juta yuan (AS$16.50 juta) pada Julai lalu.

Menurut media kerajaan pada Khamis, Fu, 67, dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan dan ditukar kepada penjara seumur hidup, hukuman itu berlangsung ketika pembersihan pegawai dipergiatkan menjelang satu kongres utama Parti Komunis.


(Bekas Menteri Kehakiman China Fu Zhenghua, yang telah mengetuai beberapa siasatan
berprofil tinggi berhubung rasuah, telah dipenjarakan seumur hidup / Reuters)

Fu ialah Timbalan Ketua Kementerian Keselamatan Awam sebelum menjadi Menteri Kehakiman pada 2018, dan telah mengetuai banyak penyiasatan berprofil tinggi termasuk siasatan kira-kira sedekad lalu ke atas Zhou Yongkang, bekas pegawai paling berkuasa di China untuk disabitkan dengan rasuah.

Menjelang perbicaraan mahkamah Fu di bandar timur laut Changchun, badan pemerhati antirasuah China memutuskan, bahawa awal tahun ini Fu juga telah menjadi sebahagian daripada "geng politik" Sun Lijun antara salah seorang pegawai paling terkemuka yang menjadi sasaran sejak sabitan kesalahan Zhou pada 2015.

Sun, yang merupakan naib menteri keselamatan awam ketika siasatan terhadapnya bermula pada 2020, mengakui pada Januari bahawa dia telah bersubahat dengan beberapa pegawai penguatkuasa undang-undang tertinggi dengan tujuan kekayakan peribadi.

Sun juga dituduh tidak menerima kuasa Presiden Xi Jinping.

Pengaruh Sun, yang masih belum menerima hukumannya, begitu berleluasa dalam parti itu sehinggakan ia telah disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai "beracun" dan Sun sendiri seperti "kanser" yang perlu dihapuskan.

Pada hari Rabu, tiga bekas ketua polis wilayah Shanghai, Chongqing dan Shanxi dijatuhi hukuman penjara bertahun-tahun, termasuk seorang seumur hidup kerana rasuah.

Seperti Fu, mereka juga telah dituduh sebagai sebahagian daripada rumpun Sun dan tidak setia kepada Xi.

Pembersihan dilakukan tiga minggu sebelum kongres diadakan sekali dalam lima tahun Parti Komunis yang memerintah di mana Xi secara meluas dijangka mengekalkan jawatan untuk penggal ketiga sebagai pemimpin China.- REUTERS

Media Baharu