fb fb fb fb fb

Gempa 6.8 magnitud melanda Mexico

Foto Reuters

MEXICO, 22 September- Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda barat Mexico awal Khamis, beberapa hari selepas gempa besar mengorbankan dua orang dan membadai ratusan bangunan di negara itu, tetapi tiada laporan mengenai kerosakan serius.

Penduduk Mexico City bergegas keluar dari rumah mereka apabila penggera gempa bumi berbunyi dan bangunan bergegar. Tidak lama selepas itu, Datuk Bandar Mexico City Claudia Sheinbaum memuat naik status di Twitter bahawa tiada laporan awal kerosakan di ibu negara.


(Orang ramai menunggu di luar rumah selepas gegaran dirasai di Mexico City, di sini)

Gempa itu, yang pertama kali diukur oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada magnitud 7.0, adalah lebih lemah dan lebih dalam daripada gegaran semalam, melanda pada kedalaman 20.7 kilometer atau 12.9 batu.

Pusat gempa bumi yang berlaku pada Khamis itu direkodkan di negeri Michoacan, tidak jauh dari kawasan gegaran pada Isnin.

Pihak berkuasa perlindungan awam Mexico dan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata tiada laporan awal mengenai kerosakan di Michoacan atau kawasan sekitarnya.

Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter pada Isnin mengorbankan dua orang di pelabuhan Pasifik Manzanillo; berlaku ketika ulang tahun gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa pada 1985 dan 2017. - Reuters

Media Baharu