RAFAH, 5 Ogos – Puluhan lori yang membawa bantuan kemanusiaan dilaporkan bergerak dari Mesir ke Gaza pada Selasa (5 Ogos), ketika tekanan antarabangsa terhadap Israel terus meningkat agar membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki wilayah yang dilanda konflik itu.
Sebagai tindak balas kepada desakan global, Israel minggu lalu mengumumkan beberapa langkah bagi membolehkan lebih banyak bantuan sampai ke Gaza.
Antaranya penggantungan sementara serangan di beberapa kawasan pada waktu tertentu, kelulusan penghantaran bantuan melalui udara dan pengumuman laluan selamat untuk konvoi bantuan.
Namun begitu, menurut pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Gaza memerlukan sekitar 600 lori bantuan setiap hari bagi memenuhi keperluan asas penduduk.
Kemasukan barang keperluan ke Gaza dibenarkan melalui sektor swasta dan peniaga tempatan.
Antara barangan yang dibenarkan termasuk makanan asas, makanan bayi, buah-buahan, sayur-sayuran serta keperluan kebersihan diri.
Konflik di Gaza bermula apabila Israel melancarkan serangan pada 7 Oktober 2023.
Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza ejak itu, serangan berkenaan telah meragut lebih 60,000 nyawa rakyat Palestin.- REUTERS