(Ibu kota Ukraine dalam kegelapan akibat gangguan bekalan elektrik/FOTO AFP)
KIEV, 24 Oktober - Pengendali sistem elektrik negara itu menyatakan bekalan elektrik disekat di ibu kota Ukraine, selepas Rusia berulang kali menyasarkan rangkaian bekalan tenaga di negara tersebut.
Lebih sejuta keluarga Ukraine terputus bekalan elektrik susulan serangan Rusia baharu-baharu ini, dengan sekurang-kurangnya sepertiga stesen jana kuasa negara itu musnah menjelang musim sejuk.
Moscow menyatakan ia memusnahkan sebuah loji di tengah Ukraine yang menyimpan lebih 100,000 tan bahan api penerbangan.
Pengendali sistem elektrik Ukrenergo (DTEK), melaksanakan "sekatan elektrik" di Kiev pada Ahad untuk mengelak sebarang kejadian lebih teruk.
(Infrastruktur tenaga Ukraine yang diserang oleh Rusia/FOTO AFP)
Bekalan elektrik mula disekat pada pukul 11.13 pagi, waktu tempatan dengan gangguan bekalan tidak "melebihi empat jam".
Namun kemungkinan akan berlarutan disebabkan skala kemusnahan pada sistem bekalan elektrik.
DTEK juga menggesa penduduk supaya menghadkan penggunaan elektrik.