fb fb fb fb fb

PM baharu Itali seru semua pihak bersatu tangani cabaran

ROME, 24 Oktober - Perdana Menteri Itali baharu, Giorgia Meloni menyeru supaya semua pihak bersatu-padu untuk mendepani "pelbagai cabaran.

Berucap pada mesyuarat Majlis Menteri pertamanya, Meloni berkata , barisan kabinet baharu mesti bersatu untuk mendepani pelbagai kecemasan yang dihadapi negara.

Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang berhaluan kanan menerima mandat membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi 26 peratus undi dalam pemilihan baharu-baharu ini.

Pada pemilihan itu partinya bergabung dengan parti Forza Italia pimpinan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi dan Liga Eurosceptic yang diketuai Matteo Salvini.

Kedua-duanya memperoleh lapan peratus undi.

(Perdana Menteri Itali baharu, Giorgia Meloni/FOTO AFP)

Menurut laporan media, Meloni merujuk pelbagai cabaran itu kepada peningkatan kadar inflasi, kelembapan ekonomi, kekurangan tenaga semasa musim sejuk dan kesan berterusan konflik antara Rusia dan Ukraine.

Kerajaan Meloni masih perlu menjalani dua lagi proses sebelum mengambil alih kuasa secara rasmi iaitu meluluskan undi percaya di kedua-dua dewan parlimen yang mungkin akan diadakan minggu ini.

Media Baharu