fb fb fb fb fb

Beijing tangguh buka sekolah

(Foto AFP)

BEIJING, 11 Jun- Kebanyakan kanak-kanak di Beijing belum boleh kembali ke sekolah minggu depan iaitu, seperti yang dirancang.

Pihak berkuasa China menangguhkan pembukaan semula sekolah, berikutan perkembangan terbaharu penularan jangkitan COVID-19.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Xu Hejian mengesahkan kebanyakan pelajar sekolah dan menengah masih perlu belajar dari rumah.

Puluhan kes baharu wabak itu telah mendorong pihak berkuasa untuk membatalkan sebahagian keputusan untuk menyambung pengajaran secara bersemuka.


(Orang ramai menunggu untuk jalani ujian COVID-19
di stesen ujian asid nukleik di Beijing/AFP)

Pihak berkuasa di Beijing mengurangkan banyak sekatan bermula awal minggu ini, namun berpuluh-puluh jangkitan yang dikaitkan dengan kelab malam menyebabkan pihak itu mengetatkan lagi beberapa sekatan.

Pegawai Kesihatan Perbandaran, Liu Xiaofeng berkata kira-kira 115 kes dikaitkan dengan kluster kelab malam setakat ini.

"Penularan wabak baharu itu pada peringkat yang pesat merebak dan berisiko tinggi untuk merebak," katanya.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, China merekodkan 138 jangkitan domestik hari ini, termasuk 61 kes di Beijing dan 16 kes di Shanghai.

Media Baharu