(Foto hiasan)
GENEVA, 11 Jun- Fenomena cuaca La Nina, yang telah menjejaskan suhu global dan lebih memburukkan kemarau dan banjir, berkemungkinan akan berterusan selama berbulan-bulan, dan mungkin sehingga 2023, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
La Nina merujuk kepada penyejukan suhu permukaan berskala besar di tengah dan timur Lautan Pasifik khatulistiwa, yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun.
Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) PBB berkata terdapat 70 peratus kemungkinan peristiwa La Nina berlarutan.
"Beberapa ramalan jangka panjang malah ia mungkin berterusan sehingga 2023," katanya dalam satu kenyataan.
(Fenomena cuaca La Nina berkemungkinan akan berterusan
selama berbulan-bulan dan mungkin sehingga 2023/AFP)
Menurut WMO, jika ia berlaku, ini akan menjadi La Nina yang ketiga yang dipanggil triple-dip, bermakna fenomena itu berlaku semasa musim sejuk hemisfera utara tiga kali berturut-turut berdasarkan rekod sejak 1950.
Ini memberi kesan yang meluas terhadap cuaca di seluruh dunia yang lazimnya mempunyai kesan yang bertentangan dengan fenomena El Nino, yang mempunyai pengaruh pemanasan pada suhu global.
"Kemarau dahsyat yang melanda Afrika dan kemarau di selatan Amerika Selatan "mempunyai ciri-ciri La Nina.
"Purata hujan di Asia Tenggara dan Australia boleh dikaitkan dengan fenomena itu, begitu juga ramalan untuk musim taufan Atlantik yang melebihi purata.
Bagaimanapun, ia menekankan kesan kejadian iklim yang berlaku secara semula jadi seperti La Nina semakin meningkat disebabkan oleh pemanasan bumi.
"Perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia meningkatkan kesan peristiwa yang berlaku secara semula jadi seperti La Nina dan semakin mempengaruhi corak cuaca" kata ketua WMO Petteri Taalas dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk khususnya kepada panas dan kemarau yang lebih teruk serta risiko kebakaran hutan yang berkaitan serta banjir yang memecahkan rekod hujan dan banjir.-AFP.