fb fb fb fb fb

11 maut akibat letupan periuk api di Syria

(Foto hiasan/AFP)

BEIRUT, 11 Jun- Sebelas orang maut dan berpuluh-puluh cedera apabila trak yang dinaiki mereka merempuh periuk api berhampiran bandar Daraa di selatan Syria, kata seorang pemantau perang hari ini.

“Sebelas orang, termasuk lima kanak-kanak bawah umur 16 tahun dan tiga wanita, terbunuh dan kira-kira 34 orang cedera dalam letupan itu, ada yang berada dalam keadaan kritikal", kata Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria.

Kebanyakan mangsa adalah buruh menuai gandum, kata agensi berita rasmi Syria, SANA.

(Foto hiasan/AFP)

Angka terbaharu menjadikan 124 jumlah orang yang terbunuh oleh sisa bahan letupan sejak awal 2022, menurut Observatory yang berpangkalan di Britain.

Bahan letupan yang ditinggalkan, di sepanjang jalan atau bahkan di dalam bangunan, konflik selama sedekad di Syria telah mencederakan ribuan orang awam dan membunuh ratusan yang lain.

Di seluruh negara, kira-kira separuh penduduk dianggarkan tinggal di kawasan yang tercemar oleh senjata yang tidak meletup, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 2020, Syria mengatasi Afghanistan sebagai negara yang mencatatkan jumlah korban tertinggi akibat periuk api dan sisa letupan perang, dengan 2,729 orang terbunuh atau cedera, menurut Pemantau Periuk Api.

Tahun lalu, seramai 241 orang awam terbunuh dan 128 orang cedera akibat sisa letupan di seluruh Syria, kata Observatory.

Perang Syria dianggarkan telah membunuh hampir setengah juta orang dan menyebabkan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal sejak ia bermula.-AFP

Media Baharu