fb fb fb fb fb

Beijing, Pyongyang sedia jalin hubungan persahabatan

Penggubal undang-undang tertinggi China, Zhao Leji (kiri) berbual dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Tertinggi Rakyat Korea Utara, Choe Ryong Hae (kanan) semasa jamuan mengalu-alukan delegasi Zhao di Pyongyang/ AFP

SEOUL, 13 April- Penggubal undang-undang tertinggi China, Zhao Leji, berkata adalah dasar strategik Beijing yang konsisten untuk mempertahankan dan membangunkan hubungan persahabatan antara China dan Korea Utara, kata media negara Korea Utara KCNA pada Sabtu.

Zhao, yang juga pegawai peringkat ketiga Parti Komunis China, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Korea Utara, Choe Ryong Hae dan menghadiri perayaan memperingati persahabatan kedua-dua negara pada Jumaat semasa lawatan muhibah ke Pyongyang, lapor KCNA.

"Setiausaha Agung Xi Jinping dan Setiausaha Agung Kim Jong Un telah menunjukkan orientasi" untuk membangunkan hubungan antara negara, kata Zhao menurut KCNA.

Pyongyang telah berusaha untuk memperluas pertukaran diplomatik dengan sekutu politik utamanya selepas menarik balik sekatan COVID-19.

Pada Mac, seorang pegawai kanan Korea Utara yang mengetuai delegasi ke China bertemu dengan Menteri Luar China, Wang Yi dan mengadakan perbincangan peringkat tinggi di Beijing. - REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI