fb fb fb fb fb

'Bebaskan Palestin' bergema di New York, lebih 5,000 berarak tuntut gencatan senjata

Penunjuk perasaan berarak semasa himpunan antarabangsa “Rise Up for Gaza” di Washington Square Park, New York City, pada 4 Oktober 2025 sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin/Foto AFP

NEW YORK, 5 Oktober - Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan berarak di jalan utama New York sambil membawa bendera Palestin dan sepanduk anti-Israel, menuntut gencatan senjata segera di Gaza.

Perarakan aman itu turut disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk aktivis hak asasi manusia dan pelajar universiti yang mengecam kekejaman Israel.

Mereka turut mendesak kerajaan Amerika Syarikat menghentikan sokongan terhadap serangan kejam rejim Zionis.

Peserta turut melaungkan slogan “Free Palestine” dan “Ceasefire Now” sepanjang perarakan yang bermula di Times Square hingga ke hadapan pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut penganjur daripada Palestinian Youth Movement, Taher Dahleh, penderitaan rakyat Palestin telah berlarutan terlalu lama akibat penglibatan dan sokongan penuh Amerika Syarikat terhadap Israel.

“Keadaan ini sudah berlarutan terlalu lama dengan penglibatan penuh Amerika Syarikat. Rakyat Palestin memerlukan kelegaan segera dan penghentian pembunuhan beramai-ramai ini,” katanya.

Perhimpunan itu merupakan antara siri tunjuk perasaan terbesar di Amerika minggu ini, sebagai tanda solidariti global menuntut keadilan untuk Gaza. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN