fb fb fb fb fb

Bas dan kereta api di Slovakia bertembung, tujuh nyawa terkorban

Foto AFP

BRATISLAVA, 28 Jun- Tujuh orang terbunuh dan lima lagi cedera pada Khamis apabila kereta api penumpang dan sebuah bas bertembung di persimpangan kereta api di selatan Slovakia, kata penyelamat.

Menurut laporan agensi berita CTK, nahas berlaku kira-kira berlaku pada pukul 5.00 petang waktu tempatan, berhampiran bandar barat daya Nove Zamky.

Jurucakap kereta api, Vladimira Bahylova memberitahu AFP bahawa kereta api Eurocity telah menuju dari Prague ke Budapest.

“Tujuh orang mengalami kecederaan parah, berkemungkinan meragut nyawa,” kata perkhidmatan penyelamat Slovak, mengemas kini jumlah kematian enam orang sebelum ini.

"Lima orang cedera," tambahnya di Facebook.

Jurucakap perkhidmatan menyelamat, Petra Klimesova memberitahu AFP yang cedera memerlukan "bantuan perubatan segera".

Bahylova berkata pemandu kereta api itu melecur kerana lokomotif tersebut terbakar.

Beliau berkata, perlanggaran berlaku di persimpangan kereta api yang mempunyai penghadang dan dilengkapi dengan lampu.

Menteri Dalam Negeri, Matus Sutaj Estok yang turut turun ke lokasi insiden memberitahu pemberita, bahawa punca kemalangan tidak jelas sama ada daripada faktor kegagalan teknikal atau manusia.

Media tempatan menyiarkan rakaman video menyaksikan penumpang membawa bagasi daripada sebahagian kereta api yang terbakar, sehingga asap kelabu tebal naik ke ruang udara.

Penumpang, Katarina Molnarova, yang merakam video itu memberitahu AFP bahawa dia "merasai dan mendengar bunyi dentuman" sebaik kereta api meninggalkan stesen Nove Zamky.

"Selepas beberapa minit kami dapat turun, kami melihat bahagian hadapan kereta api itu terbakar," kata pakar kosmetik berusia 43 tahun dari bandar selatan Sturovo itu.

"Tiada jeritan atau panik. Kami mengambil bagasi kami dan berjalan ke jalan raya. Saya melihat bahagian bas itu bertaburan apabila dilanggar."- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM