ISLAMADAB, 20 April - Barisan kabinet baharu Pakistan pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengangkat sumpah jawatan di Istana Presiden di Islamabad pada Selasa.
Mereka terdiri 37 Ahli Parlimen yang mewakili parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) pimpinan Shehbaz dan sekutunya Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM).
Majlis angkat sumpah disaksikan Pengerusi Senat Sadiq Sanjrani yang mewakili Presiden Arif Alvi.
(37 Ahli Parlimen yang mewakili PML-N dan PDM mengangkat sumpah/FOTO REUTERS)
Hina Rabbani Khar dari Parti Rakyat Pakistan (PPP) dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar.
Manakala Rana Sanaullah dari PML-N akan menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Bagaimanapun portfolio penuh untuk lain-lain anggota kabinet masih belum diumumkan.
Kerajaan baharu Sharif menghadapi beberapa cabaran dasar, khususnya menangani krisis ekonomi yang meruncing. -REUTERS