fb fb fb fb fb

Barcelona larang pelancong sewa pangsapuri

Barcolona bakal adakan larangan penyewaan pangsapuri kepada para pelancong menjelang 2028/Foto REUTERS

BARCELONA, 23 Jun-Barcelona yang terkenal sebagai destinasi percutian terkemuka Sepanyol mengumumkan bakal mengadakan sekatan terhadap pangsapuri daripada disewa pelancong menjelang 2028.

Tindakan berkenaan dilakukan bagi menangani peningkatan harga kos rumah disamping meningkatkan taraf hidup penduduk di bandar berkenaan.

Datuk Bandar Barcelona, Jaume Collboni berkata pihaknya akan menarik balik lesen kira-kira 10,01 pangsapuri yang telah dijadikan sebagai premis sewa singkat.

"Kami sedang menghadapi masalah serius berkaitan kos perumahan yang semakin mahal", kata Collboni pada sebuah acara kerajaan.

Ledakan peningkatan harga sewa pangsapuri di Barcelona disebabkan para pelancong telah mengakibatkan penduduk bandar berkenaan tidak mampu memiliki rumah.

Keadaan bertambah kritikal sejak 10 tahun lalu selepas sewa pangsapuri naik sebanyak 68 peratus. Manakala kos untuk membeli pangsapuri meningkat 38 peratus.

Menurut Collboni, pemilikan rumah bertambah sukar dalam kalangan orang muda disebabkan kos yang begitu tinggi.

Kerajaan Tempatan Eropah di beberapa negara sebelum ini telah mengumumkan sekatan ke atas penyewaan jangka pendek di tempat seperti Kepulauan Canary Sepanyol, Lisbon dan Berlin dalam dekad yang lalu.

Dalam pada itu, Menteri perumahan Sosialis Sepanyol, Isabel Rodriguez, berkata beliau menyokong keputusan Barcelona yang dilihat memberi kesaksamaan terhadap penduduk bandar tersebut.

"Ini mengenai membuat semua usaha yang diperlukan untuk menjamin akses kepada perumahan mampu milik," tulisnya di X.

Sementara itu, persatuan pangsapuri pelancong Barcelona (APARTUR) dalam satu kenyataan menganggap sekatan tersebut bakal mencetuskan peningkatan aktiviti penyewaan pangsapuri secara haram oleh para pelancong.

"Collboni membuat kesilapan yang akan membawa kepada kemiskinan dan pengangguran (lebih tinggi)," kata kenyataan itu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD