fb fb fb fb fb

Mesir tarik balik lesen 16 syarikat pelancongan bawa jemaah haji secara haram

Jemaah haji pada hari ketiga upacara melontar jamrah di tengah-tengah cuaca panas musim haji tahun ini/Foto REUTERS

KAHERAH, 23 Jun - 16 syarikat pelancongan dilucutkan lesen oleh kerajaan Mesir kerana membawa jemaah haji ke Makkah secara haram ke Arab Saudi.

Menurut sumber perubatan dan keselamatan, sekurang-kurangnya 530 rakyat Mesir meninggal dunia semasa musim haji tahun ini.

Manakala 31 kematian disahkan dalam kalangan jemaah haji yang berdaftar akibat penyakit kronik.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang meninggal dunia tidak berdaftar secara rasmi.

Melalui mesyuarat unit krisis kematian haji pada Sabtu, Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly berkata beliau telah mengarahkan lesen agensi-agensi ini dibatalkan.

Menurut kenyataan Kabinet Mesir, pihak yang terbabit dalam 'sindiket' itu termasuk pengurus mereka dirujuk kepada pendakwa raya dan mengenakan denda untuk memberi manfaat kepada keluarga jemaah haji yang meninggal dunia.

Pihak berkuasa Mesir juga berkata agensi pelancongan itu tidak menyediakan "penginapan yang sesuai" kepada jemaah.

Ini menyebabkan jemaah haji keletihan kerana terdedah kepada suhu yang tinggi.

Dalam tempoh beberapa hari ini, dilaporkan beratus-ratus jemaah haji dari pelbagai negara meninggal dunia ketika menunaikan haji.

Keadaan suhu pada masa kini melebihi 51 darjah Celcius. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN