fb fb fb fb fb

Tiga cedera kena panah petir berdekatan lapangan golf

FOTO HIASAN

NEW YORK, 23 Jun- Dua orang dikejarkan ke hospital pada Sabtu selepas terkena sambaran petir berhampiran sebuah rumah di kelab golf TPC River Highlands, lapangan golf yang menganjurkan Kejohanan Travelers Championship Jelajah PGA AS.

Kenyataan daripada Jabatan Bomba Cromwell memaklumkan, jabatan polis bandar Connecticut menerima panggilan kecemasan berhubung sambaran petir di sebuah rumah yang terletak berhampiran 'green' kelima sekitar pukul 4:26 petang, kira-kira sejam selepas permainan dihentikan kerana ribut petir.

"Sejurus tiba, pasukan penyelamat mendapati sebatang pokok disambar petir dan terdapat tiga mangsa berhampiran pokok itu," kata Jabatan Bomba Cromwell.

Tambah kenyataan tersebut, petugas perubatan merawat dua pesakit yang kemudiannya dikejarkan ke hospital penilaian lanjut, namun seorang lagi enggan menerima rawatan.

Perlawanan digantung pada kejohanan itu selama hampir tiga jam pada hari Sabtu. Cuaca buruk telah menghentikan permainan selama tiga jam 14 minit sehari sebelum itu.

Pemain Korea Selatan Tom Kim mendahului satu pukulan menerusi 54 lubang pada kejohanan itu, acara khas elit Jelajah PGA terakhir musim ini.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE