fb fb fb fb fb

Permainan perang Taiwan bakal jadi simulasi perang sebenar

Foto REUTERS

TAIPEI, 23 Jun-Permainan perang yang diadakan oleh Taiwan setiap tahun bakal bertukar kepada simulasi peperangan sebenar, kata pegawai pertahanan negara itu pada Sabtu.

Menurut pegawai berkenaan, tiada lagi pertandingan berdasarkan markah tertinggi sebaliknya menyasarkan simulasi peperangan sebenar berikutan peningkatan ancaman daripada China terhadap negara berkenaan.

China yang sebelum ini mendakwa Taiwan sebagai sebahagian sempadannya sering melakukan provokasi dengan menjadikan latihan ketenteraan di sekitar pulau berkenaan sebagai tindakan untuk menekan pulau berkenaan menerima tuntutan Beijing bahawa Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayahnya. Namun, Taiwan membantah tuntutan berkenaan dan menganggap bahawa negara itu bebas dan merdeka daripada mana-mana pengaruh asing.

Taiwan bakal memulakan latihan ketenteraan Han Kuang selama lima hari bermula 22 Julai.

Seorang pegawai kanan pertahanan Taiwanyang namanya enggan disiarkan berkata terdapat keperluan mendesak untuk memikirkan semula bagaimana latihan itu bakal dijalankan.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ancaman musuh telah berubah dengan cepat," kata pegawai itu.

"Pelan tempur pertahanan Taiwan juga mesti disemak secara berterusan dan kesegeraan latihan tempur komprehensif menjadi semakin penting.

Elemen yang kebanyakannya untuk pertunjukan telah dibatalkan, Manakala tahun ini akan ada latihan pada waktu malam dan, luar biasa, ibu kota Taipei akan dimasukkan juga dalam latihan berkenaan", kata pegawai tersebut.

"Ia bukan tentang berapa banyak mata dikutip.

"Latihan itu akan menjadi pengalaman berterusan, kata pegawai itu. Perang tidak membezakan antara malam dan siang", tambah pegawai berkenaan.

Kementerian pertahanan Taiwan ketika mengumumkan latihan itu pada April, berkata permainan perang akan mempraktikkan zon "membunuh" di laut untuk memecahkan sekatan dan mensimulasikan senario di mana China tiba-tiba mengubah salah satu latihan biasa di sekitar pulau itu menjadi serangan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD