fb fb fb fb fb

Bantu percepat usaha menyelamat, pemulihan dan bantuan taufan Nalgae

(Tapak pengebumian besar-besaran mangsa tanah runtuh akibat Taufan Nalgae/AFP)

MANILA, 3 November- Empat wilayah di Filipina dimasukkan dalam senarai 'Keadaan Bencana' selepas terkesan teruk akibat taufan tropika Nalgae yang melibatkan lebih 1.4 juta orang.

Presidennya Ferdinand Romualdez Marcos menandatangani dokumen untuk meletakkan Calabarzon, Wilayah Bicol, Visayas Barat, dan Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM) di bawah keadaan bencana selama enam bulan.

Beliau berkata pengisytiharan keadaan bencana akan mempercepat usaha menyelamat, pemulihan, bantuan dan pemulihan kerajaan dan swasta serta membantu mengawal harga barang keperluan asas dan komoditi utama secara berkesan.

Taufan Nalgae yang menyebabkan kerosakan besar membadai Filipina, mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di banyak kawasan serta mengorbankan sekurang-kurangnya 132 orang pada Isnin.

Nalgae adalah taufan tropika ke-16 yang melanda Filipina tahun ini.

Marcos juga menegaskan beliau mungkin memasukkan kawasan lain dalam pengisytiharan keadaan bencana jika perlu.

Filipina adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana berdasarkan lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan Lingkaran Taufan Pasifik.


(Rumah kediaman ditenggelami banjir di wilayah Isabella/AFP)

Berita berkaitan :
Ribut Nalgae badai Filipina, angka kematian meningkat 72 orang
Penduduk Filipina bersihkan rumah selepas ribut Nalgae

Media Baharu