DUBAI, 17 April- Sekurang-kurangnya seorang terkorban di sini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kejadian banjir susulan hujan lebat yang melanda negara itu, semalam.
Mangsa berusia 70 tahun itu dilapor maut selepas keretanya dihanyutkan air di bandar Ras Al-Khaimah.
Sehubungan itu, polis mengeluarkan nasihat agar orang ramai tidak berada di atas jalan raya terutama di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Dubai.
"Penerbangan masih ditangguhkan dan dilencongkan. Kami sedang berusaha keras untuk memulihkan operasi secepat mungkin dalam keadaan sangat mencabar ini," kata jurucakap lapangan terbang itu.
Syarikat penerbangan utama, Dubai Emirates turut membatalkan semua daftar masuk hari ini ketika kakitangan dan penumpang bergelut untuk tiba dan keluar, dengan jalan masuk dilanda banjir dan beberapa perkhidmatan metro digantung.
Semalam, UAE merekodkan taburan hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun. -AFP
ARTIKEL BERKAITAN
10 murid di Oman maut dibadai banjir