fb fb fb fb fb

Ancaman culik, Puteri Belanda 'lari' pula ke Sepanyol

Puteri Catharina-Amalia (kiri) bersama Puteri Mahkota Belgium, Puteri Elisabeth (kanan)/AFP

The Hague, 17 April- Puteri Mahkota Belanda, Puteri Catharina-Amalia kini berpindah ke Sepanyol selepas 'dikurung' di istana sejak dua tahun lalu susulan ancaman penculikan.

Memetik sumber diraja, Puteri Amalia, 20, akan tinggal dan belajar di Madrid selama kira-kira setahun.

Arahan itu dikeluarkan ketika Puteri Amalia dijadual mengadakan penampilan sulung pada majlis rasmi negeri, hari ini.

Butiran lanjut mengenai ancaman tidak didedahkan tetapi langkah berkenaan diambil beberapa minggu selepas wujud laporan bahawa Puteri Amalia dan Perdana Menteri, Mark Rutte "disebut-sebut" oleh kumpulan jenayah terancang yang membawa kepada kebimbangan penculikan.

Pada Oktober 2022, Puteri Amalia terpaksa meninggalkan kediamannya di Universiti Amsterdam dan kembali ke istana diraja Huis ten Bosch di pinggir Den Haag selepas menerima ancaman culik.

"Beliau (Puteri Amalia) tidak boleh meninggalkan istana. Ini akan memberi impak besar terhadap kehidupannya. Beliau tidak boleh tinggal di Amsterdam dan beliau tidak boleh keluar," titah Permaisuri Maxima ketika itu.

Raja Belanda, Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima juga dirakam tidak dapat menahan air mata ketika bercakap tentang kesukaran dihadapi oleh puteri mereka. -AFP

SITI AISHAH MD ISA