fb fb fb fb fb

Banjir: Angka korban di Kenya meningkat kepada 169 orang

FOTO REUTERS

NAIROBI, 1 Mei- Hujan lebat serta banjir di Kenya telah meragut 66 lagi nyawa dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kematian kepada 169 orang sejak awal Mac lalu.

Jurucakap Kerajaan, Isaac Mwaura berkata, seramai 45 daripadanya adalah penduduk dari sebuah kampung yang dihanyutkan banjir lumpur.

"Dalam tempoh 24 jam, kami telah kehilangan 66 orang di seluruh negara termasuk enam kanak-kanak.

"Banjir juga menyebabkan penduduk Kenya kehilangan tempat tinggal melibatkan 30,214 isi rumah, terdiri daripada kira-kira 190,942 orang," katanya ketika berucap pada sidang media hari ini.

Kerajaan juga mengumumkan akan menanggung semua kos rawatan penduduk terjejas banjir bagi meringankan beban kewangan mereka.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 91 orang masih hilang susulan banjir yang melanda negara itu sejak 1 Mac lepas. -Reuters

0105 BD BANJIR KENYA 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA