SOMMIERES, 24 Disember - Dataran pasar bandar Sommieres, di wilayah Gard, selatan Perancis dilanda banjir kilat dengan paras air setinggi satu meter selepas Sungai Vidourle melimpah.
Menurut pihak berkuasa tempatan, dataran tersebut dilanda air setinggi lebih satu meter pada waktu pagi selepas Sungai Vidourle melimpah.
Datuk bandar Sommieres mengesahkan paras air mula surut, namun beberapa perniagaan dan kediaman dilaporkan mengalami kerosakan akibat banjir.
Bandar yang menempatkan kira-kira 5,000 penduduk itu sudah terbiasa dengan banjir akibat hujan lebat, mengalami kenaikan paras Sungai Vidourle berturut-turut, iaitu 4.10 meter pada awal Selasa selepas 3.36 meter sehari sebelumnya.
Menurut Agensi Meteorologi Awam Meteo-France, bahagian Aveyron di selatan Perancis masih diletakkan bawah amaran cuaca jingga untuk risiko banjir dan hujan lebat pada Selasa.
Sementara itu, bahagian Herault diletakkan bawah amaran merah berikutan kemungkinan peningkatan paras air.- REUTERS