fb fb fb fb fb

Banjir di Uttar Pradesh, lebih 130 penduduk terjejas

FOTO REUTERS

LAKHIMPUR, 11 Julai - Lebih 130 kampung di Uttar Pradesh di utara India terjejas selepas dilanda banjir, kata Menteri Negeri Yogi Adityanath pada Rabu.

Rakaman daripada agensi berita ANI menunjukkan Adityanath meninjau lokasi kejadian dengan menaiki helikopter seterusnya melawat mangsa banjir.

Jabatan cuaca India berkata pada Rabu bahawa hujan lebat dijangka melanda negeri utara dan timur laut untuk tempoh dua hingga tiga hari akan datang yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Paras air di sembilan sungai di Assam sudah melebihi paras berbahaya, manakala anak sungai di Sungai Brahmaputra dijangka terus meningkat hingga Rabu, menurut laporan penilaian kerajaan negeri.

Beberapa sungai di negeri Bihar di timur India juga hampir memecahkan tebingnya apabila air mengalir ke hilir dari negara jiran Nepal, yang sebahagiannya turut dinaiki air awal minggu ini.

" Sebanyak 133 kampung telah ditenggelami air berikutan hujan yang tidak henti-henti berlaku pada minggu pertama Julai, sebahagian besar tanaman terjejas," Adityanath. - REUTERS

TETITIA YUSOFF