TAIPEI,11 Julai - Kementerian pertahanan Taiwan mengesan 66 pesawat tentera China di sekitar pulau itu dalam tempoh 24 jam, sehari selepas Beijing dilaporkan menjalankan latihan ketenteraan di perairan berhampiran.
Angka itu merekodkan yang tertinggi untuk tahun ini.
Pesawat China di sekitar pulau itu dikatakan menuju ke barat Pasifik untuk latihan dengan kapal pengangkut pesawat PLA Shandong.
"66 pesawat PLA dan tujuh kapal PLAN yang beroperasi di sekitar Taiwan dikesan hingga 6.00 pagi (2200 GMT Rabu) hari ini," kata kementerian pertahanan dalam kenyataan pada Khamis.
56 daripada pesawat itu melintasi garisan median melintasi Selat Taiwan iaitu laluan air sepanjang 180 kilometer (110 batu) yang memisahkan pulau itu dari China.
China memantau keadaan itu dan akan bertindak sewajarnya.
Pada Mei tahun lepas direkodkan Beijing menghantar 62 pesawat tentera dan 27 kapal tentera laut di sekitar Taiwan.
Menteri pertahanan Taiwan Wellington Koo berkata Shandong tidak melalui Saluran Bashi, kawasan di hujung selatan Taiwan lokasi transit kapal China dalam perjalanan ke Lautan Pasifik.
Sebaliknya, ia menuju jauh ke selatan melalui Saluran Balingtang ke arah Pasifik Barat," katanya.
Negara jiran Jepun pada Selasa mengesahkan bahawa empat kapal tentera laut PLA termasuk Shandong sedang belayar 520 kilometer ke tenggara pulau Miyako.
"Pesawat pejuang dan helikopter" telah dilihat berlepas dan mendarat di Shandong," katanya.
Ketua hal ehwal awam tentera Filipina berkata mereka telah menerima laporan mengenai latihan China-Rusia di Laut Filipina walaupun beliau tidak mengulas secara langsung mengenai Shandong.
Ketegangan antara Manila dan Beijing telah memuncak berikutan beberapa siri konfrontasi yang semakin memuncak berhubung Laut China Selatan yang menjadi pertikaian hangat. - AFP