fb fb fb fb fb

Banjir di Thailand ragut lima nyawa

(Foto Srettha Thavisin)

BANGKOK, 17 Oktober- Sekurang-kurangnya lima orang terkorban akibat banjir di utara Thailand, awal minggu ini.

Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata pihaknya telah mengeluarkan amaran banjir di 32 kawasan pada Selasa.

"Hujan lebat juga dijangka berlaku di Bangkok dan Phuket.

"Lebih 62,000 isi rumah di Thailand terjejas akibat banjir pada musim hujan ini," kata Kementerian Dalam Negeri Thailand menerusi kenyataan.

Selain pihak berkuasa, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin turut turun padang membantu penduduk terjejas banjir.

Srettha juga menyerahkan kit kelangsungan hidup kepada penduduk yang dipindahkan akibat bencana itu.

Sejak awal September lalu, musim tengkujuh di Thailand telah mengakibatkan 23 orang maut manakala lebih 30 orang lagi cedera.

Pada 2011, banjir menyebabkan lebih 500 orang maut dan merosakkan berjuta-juta rumah di Thailand. - AFP

(Foto Srettha Thavisin )

 

Media Baharu