fb fb fb fb fb

Lelaki maut dalam kebakaran belukar di Australia

(Foto Fire and Rescue NSW Station 312 Gulgong)

SYDNEY, 17 Oktober- Seorang lelaki maut dalam insiden kebakaran belukar di negeri New South Wales, Australia.

Menurut Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar, Rob Rogers, mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemukan selepas kebakaran menjejaskan kawasan di penempatan luar bandar Temagog, 340 kilometer utara Sydney.

"Ratusan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut.

"Penduduk telah diberi amaran agar meninggalkan kawasan terjejas.

"Berpuluh-puluh rumah masih dalam laluan kebakaran," kata Rogers menerusi kenyataan.

Tambah Rogers, cuaca panas menyebabkan kebakaran sukar dikawal.

Pakar menjangkakan cuaca panas kali ini akan membawa musim kebakaran belukar yang paling teruk di Australia. - AFP

(Foto Fire and Rescue NSW Station 312 Gulgong)

Media Baharu